TOYOBO MALAYSIA

Toyobo Textile (Malaysia) Sdn.Bhd. pada awalnya terdiri dari tiga buah syarikat dan ketiga-tiga syarikat ini telah digabungkan pada Disember 2013. Pada mulanya, Perak Textile Mills Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai sebuah syarikat tekstil usaha sama di antara Toyobo Co., Ltd. dan Perbadanan Kanematsu di Kuala Kangsar. Selepas itu Toyobo Textile (Malaysia) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Oktober 1990. Toyobo Wool (Malaysia) Sdn.Bhd. pula ditubuhkan pada tahun 1988 di Sungai Petani, Kedah dan syarikat ini telah berpindah ke Kuala Kangsar pada tahun 2011. K ini, Toyobo Textile (Malaysia) Sdn. Bhd. telah berkembang sebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan tekstil bernilai tambah di bawah Toyobo Co., Ltd. Jepun

Toyobo Textile (M) Sdn. Bhd. terletak di Kuala Kangsar, Perak, telah beroperasi selama hampir 45 tahun dan dengan kepakaran & teknologi yang kami ada, kami mampu menghasilkan benang bernilai tambah menggunakan kapas, bulu biri-biri, sintetik pendek dan serat panjang serta kain tenun untuk pasaran luar negara dan tempatan.

VISI & MISI

Untuk menjadi pengeluar tekstil bernilai tambah dan unik dan untuk memastikan kualiti & keselamatan produk kami di samping memperoleh kepercayaan & kepuasan pelanggan kami.

Di samping itu, Toyobo Textile (M) Sdn.Bhd. akan terus menyesuaikan diri dengan perubahan dan memenuhi keperluan pelanggan.

Hak Cipta © Toyobo Malaysia 2019. Hak Cipta Terpelihara | Terma & Syarat |Polisi Privasi |